Wednesday, 22 August 2012

Idea Open House : Laksa Johor

Musim raya ni, bagi yang rajin ke dapur sure rajin nak buat makan-makan kan? Saya suka nak buat makan-makan tapi time like this, I prefer dipanggil makan sahaja, wakaka! Anyway, untuk korang yang takde idea nak masak apa kalau nak panggil kawan-kawan makan sambil "menganyam ketupat" (astaga!), sila la coba buat laksa johor ini. Senang je uols.  Bahan-bahan buleh carik di kedai asian yang berhampiran tapi taktau la kerisik ada ke dak, sebab saya pakai kerisik yang mak saya buat sendiri. 



BAHAN - BAHAN (source: ex-schoolmateku Afzan): 
1. Ikan kembung (pakai mackerel uols!)
2. Rempah kari ikan SAHAJA
3. Lengkuas - agak2 tapi jangan sampai terlalu banyak, dipotong nipis
4. Halia - agak2, dipotong nipis
5. Serai dipotong nipis - agak2 jugak, dipotong nipis
6. Bawang putih
7. Bawang merah
8. Kerisik
9. 1L santan
10.garam secukup rasa

CARA MASAK:
1.Rebus ikan dengan air secukupnya menutupi kesemua ikan dengan beberapa asam keping. Siap direbus, sejukkan dan kemudian asingkan antara isi ikan dengan tulang ikan. Blender isi ikan dengan air rebusan ikan. ketepikan. Kemudian blender tulang ikan beserta dengan kepala ikan dgn air rebusan ikan. Tambah air biasa sekiranya tak cukup. Tapis tulang ikan yang telah diblender dan ambil air perahan. Ketepikan.
2.Blender lengkuas, halia, serai, bawang putih, bawang merah macam biasa, tambah sket air, ketepikan. Dalam mangkuk lain , bancuhkan serbuk kari ikan.
3.Tumiskan bahan2 yang telah diblender hingga wangi menggunakan api perlahan sahaja. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari and tumis lagi.
4.Masukkan isi ikan dan tulang ikan (ditapis yang telah diblender) and let it simmer, biar sampai naik minyak.
5.Masukkan santan and last sekali masukkan kerisik bila santan dah naik minyak jugak.it gives the darker colour and more serdak, tambah garam secukup rasa, let it simmer sampai masak.
6. Masak spaghetti and hidang dengan timun hiris halus,daun kesum, kacang panjang, bawang merah besar, taugeh, limau nipis/lemon...




Lupa nak letak kacang panjang and bawang merah besar, saya tak suka taugeh dalam laksa johor. Jangan lupa buat sambal belacan, resepi sambal belacan ada kat sebelah kiri blog ni ha. Kalau takde sambal belacan, agak muak jugak la makan laksa johor ni. Tapi saya suka laksa johor, selagi ada saya akan ulang-ulang makan, haha, that explains kenapa digit dkt Omron ku asik naik aje, hehehe. Laksa johor yang ni saya buat masa saya panggil jiran buka puasa rumah saya sebab boring dah makan nasik. Saya guna tiga ekor mackerel, so mmg mewah dengan isi ikan, barulah nyums!
 

Selamat mencoba ya kawan-kawan, laksa johor ni baguih, tulang ikan takdak, so tak le tercekik kalau terlajak "menganyam ketupat", kehkehkeh, ampunnnnn!
Photobucket

9 comments:

bujal X said...

selamat hari raya kak~~pakai spagetti apsal nama dia laksa? sila jawab~keh keh~

DeLancrettLurpak said...

Bujal,


Eh, mmg laksa johor guna spaghetti kan? Ntahlah, sebab sepanjang saya makan laksa johor, tak pernah makan guna mee lain..mmg spaghetti, khelesss org johorrr!!!

Arina said...

Selamat Hari Raya Eidul Fitri Dik..., akak tak pernah miss buat Laksa Johor ni setiap hari lembaran kerana memang favourite family akak, tapi kalau nak sebab lagi adik boleh add lagi blended udang basah, some ikan bilis, udang geragau and jgn lupe isi ikan kurau kering yg penting yg menaikkan lagi aromanya. Dan add a bit of gula melaka. Akak belajar dari kakak angkat di mana arwah toknya adalah salah sorg tukang masak di Istana Johor pada masa dulu.

DeLancrettLurpak said...

Kak Arina,

Sejak saya belajar buat resepi ni 3 tahun yang lepas, tetiap kali raya saya mesti buat, hehe. Aruah Abah saya ada kata, kalau laksa johor pure mesti letak ikan kering, tapi dia tak sure ikan kering yg mana satu, tu pasal saya tak letak, ni dah tau, next time saya letak. Akak blend semua ke ikan bilis,udang basah and ikan kering kurau tu?

Arina said...

Ye Dik...., isi ikan, ikan bilis, udang basah,udang geragau kering( rendam kemudian basuh dulu nak buangkan pasir), dan isi ikan kering kurau(rendam sebentar bagi kembang) semuanya diblendkan sampai halus. Buatnya memang sedikit remehkan? Tapi sodappp....hehehe, yg paling lecehnye nak potong timun secara 'spiral' tu kan? .... And don't forget to add sikit gula melaka ye...asam ,garam pun kena cukup ye dik...

DeLancrettLurpak said...

Kak Arina,


Potong timun secara spiral? Rasanya saya pernah tgk orang buat, tapi bukan utk laksa johor. Gigihnya akak potong mcm gitu, hahaha

Mak Piah said...

DLL:

nok ngeso lok...mek molah laksa ri tok tek

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah,

Nyaman sik?
So la sikit hasil nya tek

Mak Piah said...

Siaran ulangan...mun nok polah laksa mesti agak sitok. Anda adalah idola saya.
mek molah laksa johor agik ari tok.

Makseh owh...

Related Posts with Thumbnails