Saturday, 11 August 2012

Bias Cake

Ada la org tu request kek birthday tapi dia taknak la cake coklat ke cheesecake ke pavlova ke. Dia nak kek pilih kasih. Alahai, kek orang lama ok! Kek ni selalu jumpa dkt Sarawak je. Saya hanya tahu makan tapi taktau buat. Last year kami balik raya, kami order dengan kawan kepada kak Su. So, tang mana celah pulak aku nak order kek pilih kasih kat Hengland ni kan? So nak tak nak, buat aje la. 

OMG! Rupanya kek ni lagi renyah nak buat dari buat cheesecake. Dah la pakai segala benda milo la, horlick la, bijan la, kacang la, kaya la, biskut marie la, ish ish ish. Dan yang paling tak leh tahan adalah kena kukus. Steamer saya dah la comey gila tak tahan. Cake pan yang 9 inches mmg tak muat la dalam steamer tu. Saya guna yang 7inches cake pan kot semalam. Itupun ngam-ngam. 

Nak dijadikkan cerita, mengikut kata resepi, lepas 1 hour plus, cake tu dah masak dikukus, kena masuk dalam oven for 8 minutes. So, saya pun nak keluarkan la cake pan tu dari steamer. Dah la panas ok! (Saya tak suka benda-benda panas, even minyak merecik2 pun saya tak suka, penakut! Tu sebab saya kena pakai actifry nak goreng ayam, hahaha). Stuck la pulak, alahai. So saya sengetkan sikit, kononnya nak cungkil la, sekali dia keluar half of the cake. Yang half tu terbahagi pulak dua, sebelah saya dapat sambut, sebelah lagi jatuh atas pinggan. Alahai! Tapi cake adalah perfectly masak dan sedap. 


So, takde la presentation cake siap bercandle bagai, hahaha. Potong siap - siap, pastu makan la, hahahaha.

KEK PILIH KASIH (Source)

½ cawan tepung kek (Saya pakai plain flour sudeyhhh)
1 cawan tepung marie
175 gm butter
4 biji telur besar
1 cawan gula halus
3 sudu besar browning sugar
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar hoclick
3 sudu besar milo
3 sudu besar kaya
½ cawan bijan yg telah di goreng tanpa minyak
½ cawan kacang tanah yg digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar2
1 susu kecil esen vanilla

Cara-caranya: 


1.Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
2.Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
3.Susu, kaya, horlick dan milo digaul di tempat lain sehingga rata dan sebati.
4.Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur dengan mentega tadi. Gaulkan rata dan sebati.
5.Masukkan essen vanilla, browning sugar, bijan, kacang tanah tumbuk/kisar, tepung gandum dan tepung roti (biskut marie). Gaulkan rata-rata dan sebati.
6. Sebelum kukus pastikan air sudah mendidih. Saya tutup cake pan dengan plastic film. Kukus sehingga masak.
7. Selepas tu, keluarkan kek dan kek dibakar kejap dalam 5-8 minit dalam oven dalam suhu 170'C/Gas mark 4.




Sapa yang suka kek yang berkacang, mmg wajib kena try makan kek ni. Amazingly, yang saya buat ni, saya suka la pulak, hahaha. Before this, saya mmg tak berapa suka. Cake ni sgt moist. Yaya pun suka. So mmg kena buat lagi la cake ni, but kena pakai cake pan lagi kecik or beli steamer lagi besar, pilihan di tangan T-Bag, hahahaha.



Photobucket

10 comments:

tasekM said...

aku haram tak pernah makan kek ni beb...



.

Madam Sooyaree said...

Muahaha... ingatkan kek bias tapi, rupanya kek pilih kasih. Part mana yang terlebih kasih tu, hehehe

Fina said...

aih.gigih nya molah kek pilih kasih....nyaman nang nyaman..tp nak molah ya adoi eh..rutit..

blu4sky said...

mmg confirm takkan buat.. because ada kacang..haku malas nak goreng kacang..hahahhaha..

DeLancrettLurpak said...

Kak TasekM,

heheh.. bahaya kak kek ni, addictive ..baik le jgn makan, hahahah

DeLancrettLurpak said...

Madam Sooyaree @ Huda,


Kek ni mmg pilih kasih, mana brg mahal semua kena pakai, horlick la, milo la, isk isk! Kalau kena letak cheese, mmg over la kann.. hahaha

DeLancrettLurpak said...

Fina,

Ngekot tekak birthday boy tek nak, mun sik, malas juak nak molah aihhhh

DeLancrettLurpak said...

blu4sky,

aku tak suke kena buat browning sugar.. renyahhhhhh!

anakdara said...

yeah..dh berjaya molah Kek Pileh Qaseh! Good Job, Mim!

DeLancrettLurpak said...

Anakdara @ Kak Su,

Senang rupanya nak molah, tapi bab kacanga nd browning sugar ya lah sik disuka kmk, hahahha

Related Posts with Thumbnails